Signature dishes @ NypaHut
Lauk ni takde di tempat lain – kata seorang kawan. Walaupun pada mulanya dia jenis yang sukar untuk mencuba sesuatu yang baru, tapi setelah berjaya di pujuk supaya mencuba, ‘sedap,’ adalah reaksi nya.
Puas menerangkan nama, asal, bahan2 yang digunakan, dia terus mengambil piring dan mengisi lagi.
Begitulah reaksi biasa yang selalu diterima dari mereka yang baru mencuba makanan di NypaHut.
Hakikatnya terdapat beberapa SIGNATURE DISHES yang istimewa hanya terdapat di sini. Semua nya adalah masakan dari Selatan Thailand, namun ia nya tidak terdapat di kedai2 biasa.
Namun juadah utama adalah CHIM CHUM (grill & Steamboat – 2 in 1)
 |
| Laprik udang galah |
La prik jarang di dapati di kedai2 tomyam biasa. Tetapi lauk yang berasal dari selatan Siam ini amat menyelerakan jika dimakan dengan nasi kosong panas. Dengan resipi utamanya menggunakan chili padi hijau dan bahan2 lain yang di kisar halus, lauk ini mempunyai rasa pedas, masam, manis dan masin dan amat sesuai dengan makanan laut (ketam, sotong, udang, ikan), daging ataupun ayam goreng. Awasnya boleh juga dimasak dengan telur mata kerbau.
 |
| padped ayam |
Begitu juga dengan padped. Cuma bezanya padped menggunakan cili merah dan bahan yang sedikit berbeza.
Di Nypa Hut, pelanggan juga disajikan dengan masakan Melayu kampung seperti pecal yang menjadi kebanggan makanan kaum jawa dengan kuah kacang dicampurkan dengan sayur2 rebus seperti pucuk ubi, kangkung, kacang panjang, taugeh di campur dengan timun dan sengkuang.
|
|
.
 |
| Pulut Inti @ Nypahut |
Pulut inti di Nypa Hut berwarna merah selain dari warna kuning dan putih. Pulut siam yang lembut dan enak amat sesuai untuk majlis ataupun di makan waktu petang.

Tom yam udang galah |
|
Tom Yam tidak perlu di ceritakan lagi tetapi di Nypa Hut, tomyam udang galah sungai juga ada disediakan. Namun ia nya bergantung kepada hasil tangkapan nelayan sungai Perak di Teluk Intan.
Pada yang tidak mengenali atau tidak pernah merasa somtam, namanya mungkin agak ganjil. Tetapi ianya lebih kurang dengan kerabu mangga (yam ma'muang), Bezanya ia menggunakan betik mengkal (sehari dua sebelum dia masak, dengan bayangan kekuningan/kemerahan) yang di parut, tomato, kacang panjang di campur dengan nampla (sos ikan), chili, air limau dan gula khas (seakan gula nira kelapa yang dalam bentuk separuh pepejal) dan digaul menggunakan lesung kayu khas (supaya tidak terlalu hancur, cukup untuk meratakan segala bahan yang digunakan). Ditabur dengan kacang tanah goreng di atasnya. Sekali makan, mesti keluar air liur bila mendengar nama nya kerana pedas, masam, manis, masin semua nya ada ditambah dengan lemak rangup kacang goreng yang ditabur di atasnya.
 |
| kerabu ikan bilis |
Kerabu ikan bilis juga tidak terdapat di kedai2 biasa. Namun makanan authentic yang berasal dari Thailand ini amat enak jika disajikan dengan nasi panas. Ikan bilis digoreng rangup amat menyelerakan bila bercampur dengan bahan2 lain dengan rasa masin, pedas, manis dan masam yang amat membuka selera.
 |
| ikan siakap steam |
Cakap sahaja ikan siakap steam, terbayang ikan siakap yang enak di kukus bersama asam, bawang putih dan halia dicampur pula dengan sayur menjadi pelengkap hidangan.